Kolik kuda

Kolik dalam kuda ditakrifkan sebagai kesakitan abdomen sebagai tanda klinikal daripada diagnosis. Istilah "kolik" boleh mencakupi segala jenis keadaan gastrousus yang boleh menyebabkan kesaikitan serta lain-lain kesakitan dada yang tidak melibatkan saluran gastrousus. Jenis-jenis kolik yang paling umum adalah bersifat gastrousus dan sering berkaitan dengan gangguan kolon. Kolik ada pelbagai puncanya, malah ada yang boleh mendatangkan maut jika tidak dibedah. Pembedahan kolik merupakan langkah yang agak mahal kerana merupakan pembedahan abdomen besar-besaran yang sering didatangkan dengan penjagaan susulan yang rapi. Kolik adalah punca utama kematian pramatang pada kuda jinak. Adalah penting bahawa sesiapa yang memiliki atau mengerjakan kuda dapat mengenal pasti tanda-tanda kolik dan menentukan sama ada harusnya memanggil doktor haiwan.